Saturday, May 30, 2009

Ohhhh.....uniknya SAM Paya Jaras, Selangor....!!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini.Blog ini adalah tentang sebuah sekolah yang comel dan unik iaitu Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Selangor.Walaupun sekolah ini agak kecil tetapi ia telah melahirkan ustaz-ustaz,ustazah-ustazah dan lain-lain lagi.Jikalau anda berkunjung ke Paya Jaras, Selangor jangan lupa untuk berkunjung ke sekolah ini, pasti anda tidak akan menyesal kerana sekolah ini sangat istimewa.Keistimewaanya adalah sekolah ini mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan baik hati serta sporting.Sekolah ini juga mempunyai perancangan untuk membina sebuah lagi sekolah yang baru di Saujana Utama bagi menampung pelajar yang semakin bertambah.Oleh itu, kepada pelajar-pelajar di Malaysia mahupun di luar negara mestilah menanam semangat untuk belajar di sekolah ini,bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.....tak de kena mengena pun pepatah nie saje je buat hiasan.Sampai di sini saja, terima kasih kepada sesipa yang telah sudi membaca blog ini.Wassalam...........